Peraturan PSS

Waktu Operasi:
  • Pss termasuk Perpustakaan, Makmal ICT dan Bilik Tayangan dibuka dari 7.40 hingga 3.20 untuk penggunaan kelas.

Keahlian:
  • Semua pelajar,guru dan staf sokongan SMKL adalah ahli Pusat Sumber Sekolah.
  • Semua ahli dikenakan yuran sebanyak RM 0.50
  • Setiap ahli dibekalkan dengan kad pinjaman buku.
  • Sebarang pinjaman buku tidak dibenarkan tanpa kad pinjaman
  • Setiap peminjaman mesti menggunakan kad pinjaman ahli sendiri dan tidak boleh dipindah milik.
  • Kad pinjaman yang hilang atau rosak boleh diganti dengan kad yang baru dengan harga RM 1.
  • Sebarang perubahan peraturan akan diberitahu kemudian kelak. 
Peminjaman Bahan:
  • Setiap pelajar hanya dibenarkan meminjam hanya sebuah buku pada dalam satu masa, manakala guru dan staf sokongan dibenarkan meminjam dua buah buku pada dalam satu masa.
  • Semua peminjam bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan buku yang dipinjam daripada hilang, koyak, diconteng.
  • Buku rujukan atau majalah tidak boleh dibawa keluar daripada perpustakaan.
  • Peminjam boleh perbaharui tarikh pinjaman yang tamat tempoh sekiranya buku tiada tempahan dari ahli yang lain.
  • Semua bahan yang boleh dibawa keluar daripada bilik perpustakaan hanya dengan kebenaran Penyelaras PSS, Pembantu PSS dan Pengawas PSS dan merekodkannya dalam buku khas.
Pemulangan Bahan:
  • Buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan sebelum atau selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan.
  • Buku yang lewat akan dikenakan kompaun sebanyak 10 sen sehari.
  • Peminjam adalah bertanggungjawab keatas buku yang dipinjam. Jika hilang, peminjam dikehendaki membayar ganti rugi harga buku tersebut.
Penggunaan Waktu Kelas semasa belajar:
  • Guru hendaklah sentiasa bersama muridnya semasa berada di perpustakaan.
  • Hanya dua kelas sahaja dibenarkan pada satu masa.
  • Satu waktu kelas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diperuntukkan bagi setiap kelas untuk aktiviti p&p di Perpustakaan.
  • Guru-guru matapelajaran yang lain boleh tempah slot waktu yang diperlukan.

Peraturan Am:
  • Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru bertugas.
  • Pelajar tidak dibenarkan masuk jika tidak memakai lencana atau tanda nama.
  • Pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di dalam perpustakaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan masuk jika tidak berpakaian kemas.
  • Pelajar ditegah daripada membuat bising dan mengganggu pelajar lain yang  menggunakan perpustakaan.
  • Letakkan semula bahan bacaan ditempat asalnya sekiranya anda tidak menggunakannya.
  • Pelajar hanya dibenarkan pinjam sebuah buku sahaja dalam masa seminggu
  • Pelajar tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk ke kawasan kaunter dan menyentuh sebarang peralatan yang berada disitu.
  • Sorongkan kembali kerusi di bawah meja selepas menggunakannya.