Program Bacaan Nilam

APAKAH NILAM?
  • ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.
  • Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
  • Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
  • Program ini telah mula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
MENGAPA?
  • Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.
OBJEKTIF
  • Menjadikan murid banyak membaca.
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1.  Tahap Jauhari
2.  Rakan Pembaca

1.TAHAP JAUHARI
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan dalamaktiviti pembacaan sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar ( Pertengahan Tahun dalam Tahun 1). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
a.
Sekolah Rendah

Jumlah Bacaan Buku
90-179
Pengiktirafan
Gangsa
180-269Perak
270-359Emas
360 ke atas NILAM


b. Sekolah Menengah
Jumlah Bacaan Buku Pengiktirafan
72-143Gangsa
144-215Perak
216-287Emas
288 ke atas NILAM



2.RAKAN PEMBACA
  • Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini.
  • Murid-murid pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara tidak formal.
  • Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk di bawa pulang. Buku-buku yang dipinjamkan akan juga dibaca oleh rakan-rakan, keluarga dan jiran.
  • Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.
  • Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP.
  • Cadangan markah bagi aktiviti-aktiviti Rakan Pembaca adalah seperti berikut :

MARKAH
PENGIKTIRAFAN
100 – 199
Gangsa
200 – 299
Perak
300 – 399
Emas
400 ke atas
NILAM


PENGIKTIRAFAN
1.Tahunan
  • Buku Rekod Kemajuan
  • Kad Kumulatif
2.Keseluruhan
  • Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Surat Akuan Sekolah
Murid yang berjaya menamatkan program NILAM berkeistimewaan untuk pemilihan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspres, Penajaan Biasiswa dan Institut Pengajian Tinggi.